Puteri Qashrina Chalet, Melaka

Since weekend haritu kami baru je balik dari family day company husband so kenagan masih segar bugar lagi dalam ingatan. Kita coret di sini untuk rujukan akan datang :)

Tunggu husband balik kerja halfday hari Sabtu, baru kitorang bertolak ke Melaka..Perjalanan lancar, sejam setengah dah sampai tempat yang di tuju. Tak sempat lelap mata dah sampai☺

So far, kak Nab sangat berpuas hati dengan facilities yang disediakan pihak Qashrina Chalet.

Dekat sini ada 2 jenis bilik yang korang boleh pilih. Satu jenis rumah batu, satu lagi jenis rumah kayu.hehe..Mulanya rumah kayu dah fully booked! Tapi nasib baik ada orang cancel last minute, kitorang dapat la bermalam dekat rumah kayu. haha..





Bilik kecik je, ada bilik air, ada kettle, ada TV, cukup selesa dah untuk kami 4 beranak.

Petang sampai je chalet anak-anak terus terjun kolam and mandi pantai. Mama pun join sekali la. Apa lagi..hehee

Tapi sebelum terjun tu dah siap2 sapu moisturiser  cum sunblock YOUTH  SPF 50 ni. Main pantai, main jugak..Tapi takmau la sampai sunburn rentung kulit muka. Dah la sekarang ni musim panas lain machiammm.







Kolam renang tak besar sangat. Untuk budak-budak main OK la..Bapak budak boleh masuk, temankan je.



Ada dewan untuk buat aktiviti keluarga, ada back up area, kawasan lapang untuk buat sukaneka. Nasib baik kami tak ramai sangat. Dalam 30 orang dewasa, 20 orang kanak-kanak..cukup untuk tampung games yang kami main pada hari tersebut.

Plan awal nak buat dekat pantai, tapi since hari Ahad tu ada event memancing sepanjang pantai hari, so kami proceed di dalam je.





Kalau korang nak buat BBQ pun ada tempat disediakan di tepi kolam renang.

Tempat cantik, walking distance to pantai pun seminit je, banyak kedai makan berhampiran, pantai bersih, so I recommend untuk you all bermalam di sana :)




InsyaAllah panjang umur, boleh datang bercuti di sini lagi. :)